top of page

Dasar anti-rasuah dan anti-korupsi

PAYDEE NURA SDN. BHD. [Nombor Syarikat 202201044707 (1490404-h)] (selanjutnya dirujuk sebagai "MYNURA"), mengiktiraf kepentingan menetapkan dan mengekalkan tatakelakuan korporat yang baik dan berkomitmen untuk menjalankan perniagaannya mengikut piawaian etika tertinggi, dengan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang, peraturan, dan standard yang terpakai di semua lokasi dan bidang kuasa di mana MYNURA beroperasi. Reputasi ini telah dicipta oleh nilai-nilai organisasi kami dan nilai-nilai pekerja kami, oleh itu, mempunyai komitmen kolektif untuk menggalakkan etika dan integriti. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap amalan perniagaan yang beretika, MYNURA tidak akan menyertai atau membenarkan sebarang aktiviti atau bentuk rasuah atau korupsi.

 

Selaras dengan komitmen ini, MYNURA mengamalkan pendekatan "sifar toleransi" terhadap sebarang bentuk rasuah dan korupsi dalam menjalankan perniagaannya. Prinsip ini menolak sebarang bentuk rasuah dan/atau korupsi sebagai suapan atau wang ganjaran yang ditawarkan, dijanjikan atau diberikan untuk memperoleh sebarang kelebihan dari segi komerisal, kontrak, kawalan atau peribadi.

 

Dasar Anti-Rasuah dan Anti-Korupsi MYNURA ("Dasar ABAC") adalah terpakai kepada semua pegawai dan pengarah NURA, pekerja (samada secara tetap atau sementara), kontraktor, anak syarikatnya dan syarikat usahasama di bawah kawalan MYNURA. Pihak ketiga yang bertindak bagi pihak atau atas nama MYNURA, termasuk ejen, wakil, pembekal perkhidmatan luar, pembekal dan perantara lain, dikehendaki untuk bertindak selaras dengan Dasar ABAC MYNURA. Syarikat usahasama yang bukan di bawah kawalan MYNURA, dan rakan kongsi usahasama kami, digalakkan untuk mengamalkan dasar dan prosedur yang serupa untuk mengelakkan kegiatan rasuah. Semua pekerja dan kakitangan dikehendaki untuk tidak menawar atau menerima sebarang hadiah, hiburan, layanan makanan dan minuman, dan pelancongan bukan perniagaan kepada atau dari pihak luar semasa menjalankan tugas mereka untuk mengelak sebarang situasi berkompromi dan menjejaskan penilaian perniagaan yang baik.

 

Sebarang ketidakpatuhan dengan keperluan Dasar ABAC MYNURA oleh kakitangan, pekerja, atau ejen akan dikenakan tindakan disiplin, pemecatan, atau penghentian pekerjaan. MYNURA berhak untuk melaporkan perkara-perkara sedemikian kepada pihak berkuasa penguatkuasaan yang berkenaan untuk mengambil tindakan selanjutnya.

 

Sebarang kakitangan, pekerja, atau pihak luar yang mempunyai hubungan perniagaan dengan MYNURA, yang mengesyaki bahawa sebarang bentuk rasuah atau korupsi telah berlaku, atau bahawa terdapat ketidakpatuhan dengan dasar ABAC MYNURA, boleh melaporkan kejadian-kejadian sedemikian melalui saluran pemberitahuan rasuah MYNURA. Semua maklumat akan dirahsiakan dengan ketat.

 

Saluran Pemberitahuan Rasuah MYNURA

​

MYNURA telah menetapkan Dasar dan Prosedur Pemberitahuan Rasuah untuk memberikan saluran yang berfungsi sebagai platform sulit bagi semua kakitangan, pekerja, ejen, dan/atau pihak luar untuk mendedahkan sebarang tindakan rasuah dan/atau korupsi secara sulit, yang melindungi pemberi maklumat daripada sebarang risiko pembalasan.

​

Borang pemberitahuan rasuah kami boleh dimuat turun di sini.

​

Borang Pemberitahuan Rasuah boleh dihantar melalui emel kepada whistleblower@mynura.co

Hubungi kami

​

Paydee Nura Sdn Bhd
(2
02201044707 (1490404-H))

​Level 1 Synergy 9
9 Jalan Kajibumi U1/70
Temasya Glenmarie
40150 Selangor

Telefon

​

Tel +603 5561 8488

Emel

​

info@mynura.co

Nura Symbol-resized-white.png

© 2023 Paydee Nura Sdn Bhd (202201044707 (1490404–H)). Hak Cipta Terpelihara.

Polisi ABAC di sini.

bottom of page