top of page
140412118_m_normal_none_edited.jpg

Misi kami

Matlamat kami adalah untuk mengukuhkan akses ke pinjaman dan kredit yang bertanggungjawab kepada individu dan peniaga kecil supaya pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran Malaysia dapat digalakkan. Kami menjanjikan pengalaman yang memuaskan untuk pelanggan kami yang dihargai, melalui teknologi dan data.

vecteezy_arab-female-student-working-on-

Pembiayaan untuk individu & perniagaan kecil

Kami menawarkan penyelesaian kewangan kepada individu dan perniagaan kecil yang memainkan peranan penting dalam membina ekonomi Malaysia. Pembiayaan berprinsip Syariah yang direka untuk setiap keperluan individu atau perniagaan kecil pada kadar pinjaman kompetitif. Proses permohonan adalah mudah dan pantas supaya pemohon mendapat penyelesaian kewangan dengan segera dan pada kadar yang berpatutan.

vecteezy_two-young-startup-colleagues-wh

Pendekatan yang mendahului pelanggan

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Di MyNura, kami menggunapakai teknologi, analitik data (data analytics) dan algoritma pembelajaran mesin (machine learning algorithms) untuk menyediakan perkhidmatan pembiayaan yang bersesuaian , menambah baik proses permohonan dan menawarkan kadar pembiayaan yang kompetitif.

pexels-sofi-photography-7779906_edited.j

Kesan sosial & kemampanan

Kami percaya pada prinsip pembiayaan yang bertanggungjawab. Pertimbangan atas kesan sosial dan tadbir urus yang berintegriti adalah penting dalam proses membuat keputusan kami. Kami sentiasa berusaha untuk menyokong inisiatif yang sejajar dengan komitmen kami untuk meningkatkan kemampanan dan kebajikan masyarakat.

portrait-smiling-man-sitting-forest_1048

Pembiayaan berpatuh Syariah

Produk pembiayaan MyNura diperakui sebagai patuh Syariah oleh AIFA Consulting Sdn Bhd, sebuah firma penasihat Syariah profesional. Pembiayaan i-Nura direka berdasarkan konsep Tawarruq Murabahah – transaksi jual beli komoditi berasaskan pembayaran tangguh.

Sejarah kami

MyNura adalah nama perniagaan Paydee Nura Sdn Bhd, sebuah anak syarikat fintech Advance Synergy Berhad yang tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia. MyNura menggabungkan kepakaran kami dalam kewangan Islam, teknologi maklumat dan strategi berpandukan data untuk menawarkan pembiayaan yang berpatutan, pantas dan selamat untuk individu dan perniagaan kecil di seluruh Malaysia.

ASB.png
ASB LOGO.png

Advance Synergy Berhad

KLSE: ASB (1481)

Dapatkan kelulusan dan pembayaran secepat 3 hari kerja sahaja!

Hubungi kami

​

Paydee Nura Sdn Bhd
(2
02201044707 (1490404-H))

​Level 1 Synergy 9
9 Jalan Kajibumi U1/70
Temasya Glenmarie
40150 Selangor

Telefon

​

Tel +603 5561 8488

Emel

​

info@mynura.co

Nura Symbol-resized-white.png

© 2023 Paydee Nura Sdn Bhd (202201044707 (1490404–H)). Hak Cipta Terpelihara.

Polisi ABAC di sini.

bottom of page